Klinik Dr Hameeth

Hospital Pantai Ipoh

Menyediakan penjagaan kardiovaskular peringkat pertama

Rawatan Kami

Kami menangani sebarang isu berkaitan penyakit kardiovaskular. Dipimpin oleh pakar Dr. Hameeth, kami menawarkan perkhidmatan yang komprehensif, seperti konsultansi untuk pencegahan penyakit, diagnosis, pilihan rawatan lanjutan dan banyak lagi.

Penyakit Arteri Koronari

Penyakit arteri koronari adalah penyakit di mana saluran darah seseorang tersumbat dari masa ke semasa dengan deposit kolesterol yang dipanggil plak.
Read More

Penyakit Injap Jantung

Apabila satu atau lebih daripada empat injap jantung tidak berfungsi dengan betul, ia mungkin rosak dan tidak boleh membuka atau menutup dengan betul.
Read More

Kegagalan Jantung

Kegagalan jantung berlaku apabila jantung mengalami kesukaran mengagihkan darah ke seluruh badan dengan cekap.
Read More

Aritmia

Aritma ialah degupan jantung yang tidak teratur, di mana kadar degupan jantung anda mungkin terlalu cepat, terlalu perlahan, atau mempunyai degupan yang tidak sekata.
Read More

Serangan Jantung

Pakar kami di klinik Dr. Hameeth berpengalaman dalam memberikan ubat untuk pencegahan serangan jantung untuk pesakit kami yang terdedah kepadanya.
Read More

Doktor Kami

Dr. Hameeth Shah Bin Abdul Wahid
MBBS (IIUM), MRCP (UK)
  • Berkelulusan MBBS dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2004
  • Mendapat ijazah MRCP di Royal College of Physicians, United Kingdom pada tahun 2014

Kesihatan kardiovaskular anda adalah keutamaan kami.

Hubungi

  • hameethheartcentre@gmail.com
  • 05 - 540 5535
  • Pantai Hospital Ipoh,
    108, 1st Floor, 126, Jalan Tambun
    31400 Ipoh, Perak, Malaysia.

Lokasi

Dikuasakan oleh Infinitas Technologies (M) Sdn. Bhd.

Serangan Jantung

Pakar kami di klinik Dr. Hameeth berpengalaman dalam memberikan ubat untuk pencegahan serangan jantung untuk pesakit kami yang terdedah kepadanya. Serangan jantung berlaku apabila tisu dalam otot jantung mati akibat penyumbatan dalam arteri. Biasanya, ini disebabkan oleh penyakit arteri koronari, di mana plak terkumpul di dalam saluran darah dari masa ke semasa. Walaupun sakit dada adalah salah satu simptom serangan jantung yang akan berlaku, sakit di bahagian lain badan juga merupakan simptom biasa yang tidak diketahui ramai, seperti sakit di bahu, lengan, leher, dan banyak lagi. Jika anda mengesyaki anda atau seseorang di sekeliling anda akan mengalami simptom serangan jantung, segera hubungi ambulans atau pergi ke hospital terdekat.

Kegagalan Jantung

Kegagalan jantung berlaku apabila jantung mengalami kesukaran mengagihkan darah ke seluruh badan dengan cekap. Ini boleh disebabkan oleh masalah kardiovaskular yang lain, seperti tekanan darah tinggi, penyakit arteri koronari, aritmia atau banyak lagi. Selain daripada itu, tindak balas alahan, pembekuan darah atau jangkitan boleh menyebabkan kegagalan jantung juga. Ini boleh membawa kepada komplikasi seperti kegagalan buah pinggang atau kerosakan hati, dan kadang-kadang juga serangan jantung. Kami di klinik Dr. Hameeth berdedikasi untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda, jadi jadualkan perundingan dengan kami sekarang supaya kami boleh membantu anda mengurus dan mencegah kegagalan jantung.

Aritmia

Aritmia ialah degupan jantung yang tidak teratur, di mana kadar degupan jantung anda mungkin terlalu cepat, terlalu perlahan atau mempunyai degupan yang tidak sekata. Walaupun ia boleh disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan jantung, tekanan, atau merokok, aritmia juga boleh ditemui pada individu yang mempunyai jantung yang sihat. Kadangkala, simptom aritmia mungkin tidak ketara, jadi jika anda percaya anda menghidap penyakit ini, hubungi kami sekarang untuk mendapatkan nasihat.

Penyakit Injap Jantung

Apabila satu atau lebih daripada empat injap jantung tidak berfungsi dengan betul, ia mungkin rosak dan tidak boleh membuka atau menutup dengan betul. Injap ini bertindak sebagai pintu untuk memastikan darah anda mengalir ke arah yang betul, jadi sekiranya berlaku kerosakan, aliran darah dalam badan mungkin terganggu, menyebabkan jantung mengepam lebih kuat. Jika anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami masalah dengan injap jantung anda, jangan lupa bahawa kami sedang menunggu untuk menyambut anda dengan tangan terbuka.

Penyakit Arteri Koronari

Penyakit arteri koronari adalah penyakit di mana saluran darah seseorang tersumbat dari masa ke semasa dengan deposit kolesterol yang dipanggil plak. Pembentukan plak ini menyukarkan darah untuk sampai ke jantung, yang boleh menyebabkan komplikasi serius, dariapda sakit dada hingga serangan jantung. Jika anda mengalami sebarang gejala, seperti tekanan di dada, keletihan, sesak nafas, atau jantung berdebar-debar, jangan teragak-agak untuk menghubungi klinik kami untuk mendapatkan konsultasi.